Selamat Menyambut Tahun Baru
Selamat datang ke tahun 2010. Setahun lagi umur kita meningkat.
Sebagaimana kebiasaan, setiap tahun kita akan membuat azam baru. Namun begitu selepas beberapa bulan (mungkin minggu) kita akan lupa tentang azam kita tadi. Bila tiba tahun baru, kita akan membuat azam lagi. Begitulah kitarannya.
Bila ditanya bagaimana dengan azam tahun lepas, tercapai tak? Ramai yang akan mengatakan azamnya tidak tercapai. seperti kebanyakan orang saya juga membuat azam tahun baru di awal tahun 2009. Di penghujung tahun ini elok bagi saya untuk melihat semula apa yang menjadi dan apa yang tidak menjadi.
Apa yang menjadi? Azam yang ditanam membantu saya untuk terus komited dalam usaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Apa yang tak menjadi? Saya kira ada kalanya saya menyamakan azam dengan matlamat. Azam dan matlamat adalah dua perkara yang berbeza, namun kedua-duanya tidak harus dipisahkan. Jika dipisahkan, pincanglah ia. Azam tanpa matlamat ibarat memandu tanpa peta dan tanda jalan. Matlamat tanpa azam pula ibarat….. mmm… ibarat kenderaan kehabisan minyak?
Azam boleh ditafsirkan sebagai niat atau cita-cita untuk mencapai sesuatu. Matlamat boleh ditafsirkan sebagai sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai. Sekarang jelas kenapa azam dan matlamat tidak boleh dipisahkan. Tanpa azam, kita tidak akan mempunyai kekuatan untuk mencapai matlamat atau apa yang disasarkan atau diinginkan. Tanpa matlamat, kita akan menghadapi kesukaran untuk mencapai apa yang diinginkan atau dicita-citakan.
Contoh azam tahun 2010 – Saya berazam (dengan sepenuh hati saya) akan berusaha untuk menambah pendapatan diri untuk keluarga. Matlamat pula, kata orang, mesti SMART.
S – Specific (tepat dan khusus): Berapa pendapatan tambahan yang ingin diperolehi? RM10K? Sebulan? Setahun? RM30K?
M – Measurable (boleh diukur): Kuantiti, masa dsb agar kita dapat menilai pencapaian.
A – Attainable (mampu dicapai): Harus sesuai dengan keadaan atau situasi semasa. Jika meletakkan sasaran sebagai RM1 juta dalam masa setahun, kemungkinan besar tidak akan tercapai jika baru memulakan perniagaan secara sederhana.
R – Realistic (realistik): Tidak mustahil untuk dicapai mengikut kemampuan sebenar yang ada pada diri.
T – Timely (masa): Tetapkan masa atau tempoh untuk dicapai. Apa yang hendak dicapai dalam tempoh 3 bulan? 6 bulan? Setahun? Perancanganlah tu.
Azam sudah ada, matlamat sudah ada. Apa lagi yang tertinggal ek? Atau sudah memadai dengan azam dan matlamat. Seterusnya kita perlu PANTAU & KAWAL pencapaian. Kalau pencapaian tidak seperti dirancang, semak semula apa yang tidak menjadi. Apa yang perlu dibuat untuk selari semula dengan perancangan, atau semak semula perancangan untuk mengambilkira perkembangan terkini.
“SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MAJU JAYA”
3 Responses to “Selamat Menyambut Tahun Baru”
Got something to say?







Assalamualaikum
Saya merancang untuk masuk vemmabuilder ini dari awal tahun lagi tapi bila masalah dikemukakan tak pernah terjawab sebab itu saya tak layan sangat, tapi nampaknya En Ibrahim rajin hantar email, mungkin lepas ini kita boleh jumpa diJaya One.
Wa’alaikumsalam.
Saya harap kita dapat bekerjasama terutamanya dalam aplikasi sistem untuk menjalankan bisnes MLM sepenuhnya melalui Internet.
Seperti biasa terdapat banyak perkara yg perlu di laksanakan pada awal tahun dsb. Di harap tahun ni dapat sebahagiannya di selesaikan dgn sebaiknya…terutama dlm bisnes MLM ni..
Saya akan hubungi tuan kelak….